PIAGAM PSS

PIAGAM  PSS
· Menyediakan suasana persekitaran yang sihat, ceria dan 
  canggih supaya dapat menarik minat guru dan pelajar.
· Menyediakan pelbagai perkhidmatan yang berkualiti kepada
  pengguna Pusat Sumber bagi meningkatkan penggunaan
  secara individu atau kumpulan dengan khidmat pengawas 
  pengawas Pusat Sumber yang terlatih dan sedia mambantu.
· Menyediakan pelbagai bahan bacaan dan bukan bacaan 
  yang boleh membantu pengguna dari segi rujukan dan 
  penambahan ilmu untuk meningkatkan prestasi pencapaian 
  akademik pelajar sekolah SK. Temenggong Abdul Rahman 2.


TUGAS JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.   Pengerusi
     
i.      Sebagai ketua pentadbir, pengurus dan mempengerusikan mesyuarat AJK induk PSS.
ii.                   Memastikan PSS berjalan dengan berkesan demi mencapai objektif-objektif PSS yang dirangkakan .
iii.     Membentuk dasar yang praktikal mengenai perkhidmatan media di sekolah dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan ini dengan PSS yang lain dengan  bantuan Unit Teknologi Pendidikan (UTP).
iv.     Merancang dan melaksanakan program untuk mendapatkan alat media serta kemudahan-kemudahan lain untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang progresif.
v.      Menyelaras kursus-kursus dalam perkhidmatan bagi guru-guru yang berminat, berbakat dan memerlukan.
vi.     Mengadakan perbincangan dengan para-para pegawai Unit Teknologi Pendidikan pelbagai peringkat mengenai program media pendidikan di sekolah.
vii.    Merancang belanjawan tahunan dan belanjawan jangka panjang dengan kerjasama AJK PSS yang lain.
viii.   Membuat penilaian yang berteusan terhadap kegiatan-kegiatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber di sekolah.
ix.    Menjalankan penyelidikan dan percubaan mengenai penggunaan media baru dan yang selalu digunakan dengan kerjasama Unit Teknologi Pendidikan.
x.     Menyediakan kemudahan membaiki dan mengendalikan alat-alat pengajaran dan pembelajaran.
xi.    Melahirkan satu budaya yang boleh menggalakkan guru-guru dan para pelajar untuk menggunakan bahan-bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui PSS  merentasi kurikulum.
xii.   Menyebarkan konsep PSS  kepada guru-guru, para pelajar dan masyarakat tempatan.
xiii.  Sentiasa peka dengan perkembangan teknologi dalam pendidikan dan maklumat terkini.
xiv.  Dapat menerima perubahan dalam perkembangan  pendidikan dengan fikiran terbuka dari semasa ke semasa.


2.   Penyelaras PSS
i.     Menyelaras semua program media yang dirancang dan memastikan agar ianya dilaksanakan
ii.     Membantu menggariskan matlamat, objektif dan perancangan dasar yang akan dilaksanakan oleh PSS.
iii.    Memantau dan memastikan program-program pembangunan serta perancangan aktiviti agar dilaksanakan dengan cemerlang.
iv.    Menyediakan senarai semak tugas untuk memastikan perkembangan dan tindakan ikut perancangan dan pembangunan PSS.
v.     Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS dengan kerjasama semua AJK Kerja PSS.
vi.    Mengurus dan mengelolakan semua kemudahan fizikal dan perkhidmatan yang disediakan oleh PSS.
vii.   Memilih dan memesan bahan-bahan perlu dan yang bersesuaian untuk keperluan masyarakat sekolah dengan kerjasama guru-guru.
viii.   Memberi khidmat nasihat dan kepakaran  kepada pihak yang memerlukan.
ix.    Bekejasama dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan program dan perkembangan staf.
x.    Menggalakkan guru dan pelajar untuk menggunakan pelbagai media dalam pendidikan
xi.   Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan PSS.
xii.  Menganjurkan sesi promosi yang bersesuaian untuk menggalakkan budaya pembangunan perkhidmatan yang disediakan oleh PSS.
xiii.              Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam perkara yang berkaitan dengan aktiviti  PSS.
xiv.              Memastikan penyediaan rekod-rekod yang lengkap untuk tujuan penyemakan oleh pegawai-pegawai pendidikan yang melakukan lawatan.
xv.               Menyediakan laporan tahunan PSS.
xvi.              Mendapatkan maklum balas dan cadangan-cadangan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan oleh PSS.
xvii.            Membuat penilaian dan kaji selidik tentang keberkesanan penggunaan semua perkhidmatan yang disediakan oleh PSS.
xviii.           Menyediakan Senarai Semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
xix.              Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan seperti yang diarahkan oleh Pengerusi atau pihak pentadbir sekolah.


3.   Guru Perpustakaan
i.                     Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan penggunaan perpustakaan.
ii.                   Melatih dan menyelia petugas-petugas perpustakaan untuk membantu pengurusan perpustakaan.
iii.                  Memastikan bahawa perpustakaan diurus dengan teratur dan bersistematik.
iv.                 Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti perpustakaan.
v.                   Merancang anggaran belanjawan tahunan perpustakaan.
vi.                 Menyimpan rekod-rekod yang berkaitan dengan pengurusan perpustakaan yang bersistem.
vii.                memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada guru-guru dan para pelajar yang memerlukan.
viii.              Memperoleh dan menyemak alat-alat perolehan (bibliografi, katalog, penerbit, senarai tajuk dan lain-lain) untuk mengetahui jenis-jenis dan tajuk-tajuk buku yang perlu dibeli untuk menambahkan koleksi di perpustakaan.
ix.                 Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun.
x.                   Mengelas dan mengkatalog bahan-bahan daripada koleksi.
xi.                 Menyediakan katalog yang kemaskini untuk kemudahan rujukan guru-guru dan para pelajar yang memerlukan.
xii.                Menyediakan jadual waktu penggunaan perpustakaan yang praktikal dan berkesan.
xiii.              Melantik Pengawas PSS dan mengadakan program-program latihan yang bersesuaian dengan keperluan.
xiv.              Membantu menguruskan semua program media PSS yang berkaitan dengan perkhidmatan perpustakaan.
xv.               Membantu para pelajar untuk memilih buku-buku dan bahan yang bersesuaian untuk bacaan dan rujukan.
xvi.              Mengadakan sesi tunjuk ajar kepada para pelajar tentang cara-cara memaksimumkan penggunaan perpustakaan demi peningkatan akademik.
xvii.            Menyediakan senarai semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
xviii.           Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbiran.


4.   Guru Bahan Bantu Mengajar

i.                     Mencatatkan semua bekalan alat perkakasan (hardware) dan bahan-bahan perisian (software) yang dibeli atau yang diterima ke dalam buku stok alat bantu mengajar.
ii.                   Mengelas dan mengkatalog semua bahan perisian yang dibeli atau diterima.
iii.                  Menyedia dan mengedarkan katalog alat bantu mengajar dari semasa ke semasa untuk pengetahuan guru-guru dan para pelajar yang memerlukan.
iv.                 Mengadakan sesi perkembangan staf dalam pembinaan media kos rendah dan praktikal serta untuk menggalakkan penggunaan media pengajaran – pembelajaran yang bersesuaian oleh guru-guru dan para pelajar.
v.                   Menasihati dan membimbing guru-guru serta pelajar tentang kaedah memilih jenis-jenis media yang bersesuaian, praktikal dan berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran.
vi.                 Mewujudkan budaya pinjaman dan penggunaan alat dan bahan bantu mengajar yang bersistematik dan berkesan khususnya bagi keperluan pengajaran para guru.
vii.                Mengadakan promosi bagi menggalakkan penggunaan ABM dari semasa ke semasa untuk makluman guru dan pelajar.
viii.              Melaporkan sebarang kerosakan alat-alat perkakasan atau perisian kepada Penyelaras PSS supaya tindakan segera boleh dilakukan untuk penggantian atau pembaikan.
ix.                 Menentukan bahawa semua peralatan bantu mengajar agar sentiasa dalam keadaan baik untuk digunakan.
x.                   Menyediakan buku-buku rekod yang perlu untuk memudahkan pemyemakan oleh pihak pengurusan atau pun bagi tujuan semakan oleh pegawai-pegawai pendidikan yang memerlukannya.
xi.                 Menentukan supaya Buku Rekod Penggunaan disediakan untuk kemudahan para pengguna membuat catatan penggunaan yang perlu.
xii.                Menyediakan senarai semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
xiii.              Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbiran.


5.   Alat Pandang Dengar/Unit Teknologi (Media)

i.                     Menggalakkan pembudayaan media teknologi pendidikan terutamanya alat dan bahan tayangan, rakaman serta penggunaan nota-nota yang bersesuaian untuk digunakan.
ii.                   Membina koleksi pita-pita video dan audio atau sumber-sumber teknologi pendidikan yang bersesuaian untuk kegunaan guru dan para pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
iii.                  Berusaha mengambil tindak ikut untuk mempertingkatkan penggunaan APD.
iv.                 Menyediakan jadual penggunaan, statistik atau pun mempamerkan bahan-bahan yang bersesuaian bagai memastikan kecemerlangan perkhidmatan yang disediakan.
v.                   menyediakan dan mengedarkan katalog alat bantu mengajar dari semasa ke semasa untuk pengetahuan guru-guru dan para pelajar yang memerlukan.
vi.                 Melapor sebarang kerosakan alatan supaya segera dibaikpulih dengan secepat mungkin.
vii.                Merancang anggaran belanjawan tahunan bagi penyediaan perkhidmatan TV Pendidikan dan Radio Pendidikan.
viii.              Merancang dan menjalankan program-program yang bersesuaian untuk meningkatkan penggunaan APD secara berkesan.
ix.                 Menyediakan catatan dalam buku-buku laporan tentang sebarang aktiviti yang telah dijalankan untuk tujuan penyemakan dan rekod.
x.                   Menyediakan senarai semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
xi.                 Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah.