Tuesday 5 July 2011

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI KAMI! 
Terima kasih kerana mengunjungi laman web Pusat Sumber SK Temenggong Abdul Rahman 2.  Laman web ini masih lagi dalam proses pembinaan. Pihak kami mengharapkan laman web ini dapat memberi anda informasi, berita dan pelbagai isu dari semasa ke semasa mengenai PSS, sekolah, guru dan pelajar mahupun bekas pelajar STAR 2. Kami juga amat mengharapkan kerjasama dari pihak anda untuk memberi sebarang cadangan untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Kami juga berharap pengunjung dapat memberi maklum balas atau paling tidak hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, memberi pendapat, cadangan, aduan malah berita anda.
 Pusat Sumber Sekolah (PSS) ialah sebuah pusat yang dilengkapi dengan bahan cetak, peralatan dan kemudahan sebagai bantuan atau sokongan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan kurikulum sekolah bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk individu dan kumpulan.

   PSS merupakan satu gedung ilmu pengetahuan di mana individu atau kumpulan dapat mencari, memperkaya dan mempertinggi pengalaman dan pengajian. PSS juga merupakan agen perubahan dalam sesebuah sekolah ke arah perkembangan potensi dan minat individu serta kerjasama kumpulan.
PSS juga merupakan satu sistem yang dinamis dan praktikal dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kerana PSS memberikan peluang dalam perkhidmatan yang mencapai aktiviti-aktiviti seperti membaca, menyebut, menulis,  menyelidik, berbengkel, mengulangkaji serta membuat rujukan secara terpimpin atau bersendirian.
     PSS yang berkesan dilengkapkan dengan koleksi bahan-bahan buku dan bukan buku. PSS juga menyediakan bahan-bahan kemudahan untuk kegiatan rekreasi seperti buku-buku fiksyen, majalah-majalah, suratkhabar dan permainan-permainan. 

Monday 4 July 2011

SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER SEKOLAH STAR 2

Sebarang peminjaman dan penggunaan PSS diuruskan oleh dua orang guru iaitu Pn. Khairunnisak bt Nahrawi bersama Pn. Siti Asiah bt. Abdullah, dibantu juga oleh En. Zulkifli b. Mamat. Segala kesulitan dan rujukan bolehlah berhubung terus melalui Pusat Sumber Sekolah STAR 2.

Terima kasih....